NADI Kampung Sampat

2 December 2025, NADI Kampung Sampat – Taklimat Safe: Buli Siber pada 2 Disember 2025 secara atas talian sebagai usaha meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai keselamatan digital. Sesi ini memberi pendedahan tentang bentuk-bentuk buli siber, kesan buruk terhadap mangsa serta langkah pencegahan yang boleh diambil oleh pengguna internet pada semua peringkat umur.

Peserta turut diberi panduan praktikal untuk mengenal pasti tingkah laku buli siber, cara mengurus insiden yang berlaku serta saluran aduan yang betul bagi memastikan keselamatan diri di ruang digital terpelihara. Program ini diharap dapat memperkasakan komuniti dalam menggunakan internet dengan lebih selamat dan beretika.