NADI Kampung Sampat

2 December 2025, NADI Kampung Sampat – Taklimat Shield: Pembelian Dalam Talian pada 2 Disember 2025 secara atas talian sebagai usaha meningkatkan kesedaran keselamatan digital dalam kalangan komuniti. Taklimat ini memberi penerangan tentang cara membeli-belah dengan selamat, mengenal pasti laman web yang meragukan serta langkah mengelakkan penipuan siber.

Peserta turut didedahkan dengan tip praktikal seperti kaedah semakan keselamatan, penggunaan kata laluan yang kukuh dan amalan melindungi maklumat peribadi semasa berurusan di platform e-dagang. Program ini diharap dapat membantu masyarakat berbelanja secara lebih berwaspada dan selamat di dunia digital.