NADI Kampung Sampat

26 Janiari 2026, NADI Kampung Sampat – Program Mahir Foto bagi Minggu ke-3 telah dilaksanakan pada 26 Januari 2026 dengan fokus kepada topik Mobilegrafi .

Sepanjang sesi ini, peserta didedahkan kepada pengenalan apa itu mobilegrafi, ciri-ciri serta kelebihan mobilegrafi, perbezaan antara mobilegrafi dan fotografi, serta jenis-jenis telefon pintar yang sesuai digunakan untuk menghasilkan gambar berkualiti .

Selain itu, satu kuiz selama 30 minit turut dijalankan bagi menguji tahap kefahaman peserta terhadap topik yang dipelajari .

Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran fotografi menggunakan peranti mudah alih selaras dengan keperluan dunia digital masa kini.