31 Mac 2026 | Saringan Kesihatan Mac 2026

Mac 2026, NADI Kampung Sampat – Program saringan kesihatan bagi bulan Mac terus dilaksanakan sebagai usaha meningkatkan kesedaran komuniti tentang kepentingan menjaga kesihatan, lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan.
Antara pemeriksaan yang dijalankan termasuk pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI) melalui bacaan berat dan tinggi, pemeriksaan tekanan darah, serta ujian kadar gula (glukosa) dalam badan.
Program ini bertujuan membantu masyarakat mengetahui tahap kesihatan semasa supaya langkah awal pencegahan dapat diambil sekiranya terdapat bacaan yang kurang memuaskan.
Sempena bulan Ramadan, orang ramai amat digalakkan untuk mengambil peluang menjalani saringan kesihatan agar dapat memastikan ibadah puasa dilaksanakan dalam keadaan sihat, cergas dan bertenaga.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan dan kesihatan komuniti setempat. 🤍