MAHIR
9 May 2026MAHIR

Program Mahir merupakan salah satu inisiatif di bawah NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat yang diperkenalkan oleh MCMC bagi membantu komuniti meningkatkan kemahiran serta memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat. Antara kelas yang ditawarkan di bawah Program Mahir ialah Mahir Masak, Mahir Jahit, Mahir Foto, Mahir Baiki Gajet dan Mahir Pertanian Pintar. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran baharu secara teori dan praktikal yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan harian.



Sepanjang hampir dua tahun operasi NADI Kampung Sampat, seramai 42 orang peserta telah berjaya menamatkan kelas Mahir dengan jayanya. Pencapaian ini membuktikan komitmen tinggi peserta serta usaha berterusan petugas NADI dalam membantu komuniti mengikuti program pembelajaran secara konsisten.





Walaupun berdepan pelbagai cabaran seperti pelaksanaan kelas secara atas talian, kekangan masa peserta serta tahap kemahiran penggunaan laptop yang masih terhad bagi sesetengah peserta, pihak petugas NADI sentiasa memberikan bimbingan dan bantuan dari semasa ke semasa. Petugas turut membantu peserta melalui sesi praktikal, memberi tunjuk ajar menggunakan sistem LMS serta menyediakan masa yang fleksibel bagi memudahkan peserta menghadiri kelas atau menyiapkan tugasan mereka.



Hasil usaha dan kerjasama semua pihak, NADI Kampung Sampat juga berjaya tersenarai dalam TOP 100 NADI paling aktif bagi Program Mahir di seluruh Malaysia. Pencapaian ini menjadi satu kebanggaan dan bukti bahawa NADI terus komited dalam memperkasa komuniti melalui pembangunan kemahiran dan pembelajaran digital.




Tekan Sini Untuk Lebih Banyak Gambar Aktiviti Mahir Masak
Tekan Sini Untuk Lebih Banyak Gambar Aktiviti Mahir Jahit
Tekan Sini Untuk Lebih Banyak Gambar Aktiviti Mahir Pertanian Pintar
Tekan Sini Untuk Lebih Banyak Gambar Aktiviti Mahir Foto