NADI Kampung Sampat

7 November 2024- NADI Kampung Sampat telah menjalankan saringan kesihatan untuk komuniti melalui program Kesejahteraan Kendiri. Saringan ini bertujuan untuk memeriksa kadar gula dalam darah dan tekanan darah para peserta. Beberapa peserta yang hadir sudah dapat mengetahui tahap kesihatan gula dalam badan dan tekanan darah mereka melalui saringan yang dijalankan.

Saringan ini membantu peserta yang hadir mengetahui langkah yang harus diambil untuk mengekalkan kesihatan pada tahap yang stabil.