REKREASI

Dewan Serbaguna Kampung Sampat– Dewan Serbaguna Kampung Sampat ini telah dibina pada tahun 1992. Dewan ini menjadi tempat rekreasi kepada komuniti setempat, dimana aktiviti komuniti seperti mesyuarat JKK, aktiviti sukan atau program-program yang melibatkan komuniti diadakan di dewan ini.

RTC Kampung Sampat- RTC Kampung Sampat merupakan salah satu pusat perekonomian penting bagi penduduk Kampung Sampat, khususnya dalam bidang perniagaan. RTC ini telah menjadi pusat perhatian bagi penduduk tempatan dan kawasan sekitarnya, di mana mereka boleh singgah untuk berehat serta menikmati pelbagai perkhidmatan yang disediakan seperti kedai makan, kedai gunting rambut, dan tempat pembaikan gajet.Di RTC Kampung Sampat, terdapat banyak pilihan makanan yang sangat sedap dan menarik, hasil keaslian air tangan peniaga tempatan. Keunikan dan rasa asli hidangan yang ditawarkan menarik ramai pengunjung untuk datang dan menikmati juadah tersebut.

Padang Bola Sepak Kampung Sampat- Tempat rekreasi komuniti Kampung Sampat terutaman golongan belia menjalankan aktiviti bersukan.

Perpustakaan Sebangan- Perpustakaan Sebangan merupakan tempat sumber penduduk Kampung Sebangan dan sekitarnya termasuk Kampung Sampat untuk mendapat bahan ilmiah bacaan. Kemudahan ini disediakan bagi memudahkan komuniti untuk mendapat bahan rujukan.
RUMAH IBADAT

Surau Darul Ikhlas

Masjid Darul Aman Kampung Sebangan
PENDIDIKAN

Tadika Sedidik Kampung Sampat

Tabika Kemas Kampung Sampat

Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Sebangan

Sekolah Jenis Kebangsaan Chuang Hua Sebangan
KESIHATAN

Klinik Desa Sebangan