MAKLUMAT KOMUNITI KAMPUNG SAMPAT
SEJARAH
Kampung Sampat merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di antara daerah kecil Sebuyau dan daerah Simunjan. Jarak antara Kampung Sampat dengan bandaraya Kuching adalah kira-kira 87 kilometer menggunakan jalan darat, dan jarak antara Kampung Sampat dari Sebuyau adalah 25 kilometer. Asal usul nama Kampung Sampat dipercayai berasal dari nama sebuah perkampungan awal iaitu “Kampung Sampat Seruyuk.” Encik Latip Bin Lani merupakan salah seorang peneroka awal Kampung Sampat. Beliau bersama lima orang rakan lain mencari tempat untuk berehat selepas menjalankan aktiviti pekerjaan mereka di laut. Mereka mendapati tanah di Kampung Sampat sangat strategik untuk dijadikan sebagai kawasan perkampungan. Oleh itu, mereka membawa semua ahli keluarga untuk berpindah ke kawasan baharu ini, yang kemudiannya dikenali sebagai Kampung Sampat.Selain itu, terdapat pandangan lain yang mengatakan bahawa nama Kampung Sampat diambil sempena nama “sampan,” kerana pada masa dahulu, sampan merupakan pengangkutan utama penduduk untuk menyeberangi sungai dan mencari rezeki di laut. Pada awal penubuhannya, Kampung Sampat mempunyai enam buah rumah. Sehingga Januari 2024, jumlah penduduk Kampung Sampat telah meningkat kepada 755 orang dengan jumlah 140 buah pintu rumah. Majoriti penduduk Kampung Sampat berbangsa Melayu dan beragama Islam. Penghasilan utama penduduk Kampung Sampat adalah sebagai nelayan dan menjual hasil tanaman.
PARLIMEN
Nama : Yang berhormat Tuan Mohamad Haji Kepli
Parti : GPS
Kawasan : P201 (Batang Lupar
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Nama : Yang berhormat Datuk Haji Julaihi Bin Haji Narawi
Kawasan Pilihanraya : N.27 SEBUYAU
Parti : Parti Pesaka Bumiputra Bersatu – PBB (BN)
JAWATANKUASA KEMAJUAN & KESELAMATAN KAMPUNG
Pengerusi: Haji Matasan Bin Bujang (Ketua Kampung/ Ketua Kaum Kg Sampat)
Penasihat: Osman Bin Kamel
Setiausaha: En Salleh Bin Mahri
Bendahari: En. Jamel Bin Suhaili
AJK /KETUA RANTING/BIRO
Keselamatan : Abg Rahim Bin Jahari
Wanita : Rohana Bin Kamel
Kebersihan/Kesihatan : Kamisah Binti Putih
Kebajikan /Kesejahteraan: Arup Bin Sadi
Agama: Taha Bin Gapar
Riadah/Rekreasi/ Sukan: Sarbini Bin Mahri
PERSATUAN
Persatuan Belia: Samat Bin Sauni
Komuniti Surau: Najib Bin Sahara
Combi: Junaidi Bin Rajuli (Pencegahan penyakit AEDIS)
Persatuan Wanita: Rohana Bin Kamel
Persatuan Kompang: Rohana Bin Kamel
Persatuan Zikir: Rohana Bin KamelPersatuan AIM