KEMPEN INTERNET SELAMAT
4 September 2024KEMPEN INTERNET SELAMAT

Kempen Internet Selamat merupakan salah satu inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang dilaksanakan di seluruh Malaysia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya pelajar sekolah, mengenai penggunaan internet secara selamat, berhemah dan bertanggungjawab. Kempen ini memberi pendedahan tentang bahaya scam, buli siber, penipuan dalam talian, perlindungan maklumat peribadi serta etika penggunaan media sosial.



Bagi kawasan Asajaya dan Simunjan, Kempen Internet Selamat telah dijayakan melalui kerjasama erat semua NADI di bawah Kluster Asajaya / Simunjan iaitu NADI Kampung Sampat, Sadong Jaya, Pekan Asajaya, Tebeluk, Pekan Simunjan, Sungai Apin dan Gedong. Semua pihak memainkan peranan penting sebagai wakil kawasan dalam menyampaikan kesedaran digital kepada masyarakat dan pelajar sekolah.Sepanjang tahun 2025, kempen ini berjaya dilaksanakan di beberapa buah sekolah seperti SK Bulan Jeragam Sebuyau, SK Abang Kadir Gedong, SK Lubok Punggor, SK Haji Bujang Sebangan, SK Seruyuk dan SK Sebaban serta beberapa sekolah sekitar Simunjan dan Sebuyau bersama pihak MCMC.





Walaupun menghadapi cabaran seperti jadual program yang padat, jarak sekolah yang jauh dari NADI serta masa program yang terhad kerana prosedur dan SOP sekolah, semua pihak tetap memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kempen berjalan lancar.Kejayaan ini membuktikan komitmen dan semangat kerjasama semua NADI Kluster Asajaya / Simunjan dalam menyampaikan kesedaran keselamatan siber kepada komuniti dan pelajar sekolah.



Tekan Sini Untuk Lebih Banyak Gambar Aktiviti Kempen Internet Selamat