NADI Kampung Sampat

Bazaar Raya

14 Mac 2026, NADI Kampung Sampat – Program Bazar Raya NADI 2026 telah berlangsung dengan meriah di NADI Kampung Sampat pada 14 Mac 2026 bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Program ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan secara serentak di pusat-pusat NADI di seluruh Malaysia bagi mengeratkan hubungan komuniti setempat serta menyemarakkan suasana Ramadan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung, antaranya jualan usahawan tempatan, pertandingan mewarna kanak-kanak, kelas keusahawanan, serta aktiviti santai Teka-Teki Raya yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

Selain memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan produk mereka, program ini juga berjaya menarik penyertaan komuniti pelbagai peringkat umur untuk hadir memeriahkan suasana Bazar Raya di NADI Kampung Sampat.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya dalam menggalakkan penglibatan komuniti serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat sempena bulan Ramadan.