24 Disember 2025 | Cybersecurity – Siri EduSiber (Username Boleh Dedah)

24 Disember 2025, NADI Kampung Sampat – Program NADI X Pembelajaran Sepanjang Masa: Cybersecurity – Siri EduSiber (Username Boleh Dedah) telah berjaya dilaksanakan pada 24 Disember 2025 di bawah inisiatif Program Fun Break School. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai kesedaran keselamatan siber, khususnya berkaitan kepentingan melindungi identiti dan akaun dalam talian.
Sepanjang program, peserta diberikan penerangan mengenai risiko pendedahan maklumat dalam talian serta amalan keselamatan digital yang betul. Bagi meningkatkan kefahaman dan penglibatan peserta, aktiviti teka silang kata turut dijalankan sebagai pendekatan pembelajaran santai dan interaktif.
Program ini mencerminkan usaha berterusan NADI dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat serta membentuk generasi celik digital yang lebih peka terhadap keselamatan siber.