NADI Kampung Sampat

26 Disember 2025, NADI Kampung Sampat – Program NADI X Kesedaran KIS: Detektif Siber telah berjaya dianjurkan pada 26 Disember 2025 di bawah inisiatif Program Fun Break School. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta tentang keselamatan digital dan teknik asas pengesanan aktiviti siber yang mencurigakan.

Peserta diberi pendedahan mengenai kaedah mengenal pasti risiko siber, tanda-tanda akaun atau peranti yang mungkin terjejas serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil. Aktiviti interaktif turut dijalankan bagi menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami.

Program ini menunjukkan komitmen NADI dalam mendidik generasi muda agar lebih celik digital, bertanggungjawab dan berwaspada dalam penggunaan teknologi serta media sosial.