24 Disember 2025 | KIS – Jom Mewarna Tindakan Bijak

24 Disember 2025 – Program NADI X Kesedaran KIS: Jom Mewarna Tindakan Bijak telah berjaya dilaksanakan pada 24 Disember 2025 di bawah Program Fun Break School. Program ini bertujuan menggalakkan kanak-kanak memupuk sikap bijak dan positif melalui aktiviti mewarna sambil belajar nilai-nilai murni dan kesedaran sosial.
Sepanjang program, peserta diberikan pelbagai bahan mewarna yang berkaitan dengan tema tindakan bijak dan bijak dalam kehidupan seharian. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantu kanak-kanak memahami konsep keselamatan, tanggungjawab dan kepedulian terhadap persekitaran mereka dengan cara yang interaktif.
Program ini menunjukkan komitmen NADI dalam membentuk generasi muda yang kreatif, berilmu, dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap nilai positif sejak dari usia awal.