NADI Kampung Sampat

23 Disember 2025 – Program NADI X Kesedaran: Kempen Internet Selamat – WAR telah berjaya dianjurkan pada 23 Disember 2025 dengan penyertaan remaja berumur 13 hingga 17 tahun. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab.

Peserta didedahkan kepada isu keselamatan siber seperti perlindungan data peribadi, bahaya penipuan dalam talian dan buli siber. Bagi menjadikan sesi lebih interaktif, aktiviti kuiz Kahoot turut dijalankan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta.

Program ini mencerminkan komitmen NADI dalam usaha mendidik golongan muda agar lebih peka terhadap keselamatan digital serta mampu menjadi pengguna internet yang bijak dan berhemah.