NADI Kampung Sampat

27 Disember 2025, NADI Kampung Sampat – Program Tiny Techies: Kuiz, Tonton & Bermain telah berjaya dilaksanakan pada 27 Disember 2025 di bawah Program Fun Break School. Program ini dirancang khusus untuk kanak-kanak bagi menggabungkan elemen pembelajaran dan keseronokan secara interaktif.

Peserta terlibat dalam aktiviti kuiz dan sesi tontonan yang menyeronokkan serta permainan interaktif yang merangsang kreativiti, daya fikir dan kemahiran problem-solving. Aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga bertujuan menggalakkan minat belajar sejak usia awal secara menyeronokkan.

Penganjuran program ini mencerminkan usaha NADI dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat serta membina asas pengetahuan digital dan kreativiti kanak-kanak secara holistik.