NADI Kampung Sampat

24 Disember 2025, NADI Kampung Sampat – Program NADI X Pembelajaran Sepanjang Masa: Cybersecurity – Siri EduSiber: Bahaya Public WiFi telah berjaya dilaksanakan pada 24 Disember 2025 di bawah inisiatif Program Fun Break School. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai risiko keselamatan siber ketika menggunakan rangkaian WiFi awam.

Peserta diberi pendedahan tentang potensi ancaman seperti pencurian maklumat peribadi, akses tidak sah kepada akaun dan peranti, serta langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil bagi melindungi data peribadi. Aktiviti interaktif dijalankan sepanjang program bagi membantu peserta memahami risiko dengan lebih jelas dan praktikal.

Program ini mencerminkan komitmen NADI dalam membentuk generasi celik digital yang peka terhadap keselamatan siber dan bertanggungjawab semasa menggunakan teknologi.