14 DISEMBER 2024 | Kelas Kesedaran (Esukan)

14 Disember 2024, NADI Kampung Sampat – Kelas Kesedaran bertemakan “Masa Depan Esport dalam Pendidikan” di bawah NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat (Esport) telah diadakan pada 14 Disember 2024 di NADI Kampung Sampat. Kelas ini memberi pendedahan kepada komuniti mengenai peranan Esport sebagai salah satu bidang yang boleh dimanfaatkan dalam pendidikan dan menjadi salah satu jurusan yang ditawarkan dalam universiti sekarang.
Sepanjang kelas ini, peserta mendapat penjelasan tentang potensi Esport dalam pembangunan kemahiran serta peluang kerjaya di masa depan. Sesi turut melibatkan perkongsian ilmu berkaitan strategi permainan, teknologi Esport, serta kepentingan pemantauan dan sokongan dalam membentuk komuniti Esport yang sihat.
Kelas seperti ini diharapkan dapat diteruskan sebagai usaha memberi kesedaran dan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti.