8 Julai 2025 | Kempen Internet Selamat Bersama Warga Sekolah Kebangsaan Bulan Jeragam, Sebuyau

8 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – Pada baru-baru ini, telah berlangsung Kempen Internet Datang Sekolah di Sekolah Kebangsaan Bulan Jeragam, Sebuyau, di bawah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Program ini merupakan inisiatif penting di bawah NADI Kluster Asajaya, Simunjan, yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai penggunaan internet secara selamat, bijak dan beretika.
Sepanjang program, pelajar diberi pendedahan tentang keselamatan dalam talian, kawalan kendiri di media sosial, serta bahaya jenayah siber seperti buli siber dan penipuan atas talian. Aktiviti interaktif dan kuiz juga dijalankan bagi menambah kefahaman secara santai dan menyeronokkan.
Program ini turut memberi manfaat kepada warga sekolah termasuk guru dan ibu bapa dalam memahami peranan mereka dalam membimbing anak-anak menggunakan internet secara bertanggungjawab.
Kempen ini membuktikan komitmen MCMC dalam memperkasakan literasi digital di kawasan luar bandar serta menyokong aspirasi pendidikan digital negara. Sambutan yang diterima amat positif, dan pihak sekolah berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.