NADI Kampung Sampat

18 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – Pada 18 Julai 2025, telah berlangsung Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Abang Kadir, Gedong, anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Kuching dan NADI Kluster Asajaya Simunjan. Program ini bertujuan memupuk kesedaran awal dalam kalangan murid sekolah rendah terhadap kepentingan keselamatan digital serta membentuk budaya penggunaan internet secara beretika dan bertanggungjawab.

Antara fokus utama ialah pengenalan kepada Tiga Peraturan Emas Internet, iaitu melindungi maklumat peribadi, berkomunikasi secara berhemah serta mengenal pasti dan melaporkan kandungan yang tidak selamat. Murid-murid juga diberi pendedahan mengenai hak dan tanggungjawab digital melalui pelbagai aktiviti interaktif seperti kuiz keselamatan siber, aktiviti berkumpulan, dan perkongsian daripada fasilitator terlatih NADI.

Penyertaan aktif daripada murid dan guru telah menjayakan program ini dengan semangat yang tinggi. Inisiatif seperti ini diharap dapat menyemai nilai celik digital yang proaktif sejak di bangku sekolah lagi