30 Jun 2025 | Username Boleh Dedah Segalanya10

30 Jun 2025, NADI Kampung Sampat – Satu sesi kesedaran digital bertajuk “Username Boleh Dedah Segalanya”. Dalam sesi ini, peserta diberi kefahaman mengenai kepentingan memilih nama pengguna (username) yang selamat ketika menggunakan aplikasi, permainan dalam talian atau media sosial.
Peserta dimaklumkan bahawa username yang terlalu umum atau berkait rapat dengan maklumat peribadi boleh memudahkan penjenayah siber mengakses maklumat penting, mencipta akaun palsu atau melakukan penyamaran. Antara tips yang dikongsikan adalah menggunakan gabungan huruf, nombor dan simbol serta tidak mendedahkan nama sebenar atau tarikh lahir.
Sesi ini diharap dapat memberi kesedaran awal kepada pengguna, terutamanya remaja dan ibu bapa, tentang risiko siber yang boleh timbul daripada maklumat sekecil username.