24 Julai 2025 | Webinar – Keselamatan Akaun Media Sosial

24 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – Pada 24 Julai 2025, satu webinar bertajuk “Keselamatan Akaun Media Sosial” telah dianjurkan di bawah inisiatif NADI Cybersecurity. Webinar ini dilaksanakan menerusi platform LMS dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai langkah-langkah melindungi akaun media sosial daripada ancaman siber seperti penggodaman, penipuan identiti dan serangan phishing.
Peserta didedahkan dengan tips keselamatan, penggunaan kata laluan yang kukuh serta kepentingan tetapan privasi yang betul. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga keselamatan digital semakin meningkat.
Tahniah dan terima kasih kepada peserta yang telah menyertai webinar ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan untuk melindungi diri dan komuniti dalam dunia digital