NADI Kampung Sampat

13 Jun 2025, NADI Kampung Sampat – Webinar bertajuk “Lindungi Identiti Digital Anda” telah berlangsung pada 13 Jun 2025 secara dalam talian melalui platform Zoom. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai ancaman keselamatan digital dan kepentingan melindungi identiti dalam talian.

Antara pengisian utama webinar ini termasuk topik kebocoran data, serangan siber, risiko Dark Web serta teknik Less Target, Less Risk (LTLR) yang boleh diamalkan oleh pengguna dalam kehidupan seharian. Menariknya, peserta turut diperlihatkan demonstrasi teknik keselamatan digital serta contoh serangan sebenar yang sering berlaku di alam maya.

Penyertaan ke webinar ini terbuka kepada ahli NADI secara percuma, dan program ini telah memberi manfaat berguna kepada komuniti dalam menghadapi cabaran dunia digital masa kini.