NADI Kampung Sampat

10 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – Pada 10 Julai 2025, NADI Kampung Sampat telah menyertai webinar bertajuk “Serangan Siber ke Pemulihan: Asas Tindak Balas & Forensik Digital” secara atas talian melalui platform Zoom.

Webinar ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai langkah tindak balas terhadap serangan siber serta memperkenalkan konsep forensik digital.

Penyertaan ini selaras dengan usaha memperkasa komuniti dalam bidang keselamatan siber dan meningkatkan kesedaran terhadap ancaman digital yang semakin berkembang.