1 Julai 2025 | Webinar Pemasaran Digital – Strategik Pemasaran Digital

1 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – EKelas Usahawan secara atas talian yang bertajuk Strategik Pemasaran Digital. Webinar ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi dan diadakan khusus untuk memberi pendedahan kepada usahawan komuniti mengenai teknik dan strategi pemasaran digital yang relevan serta efektif dalam meningkatkan jualan dan daya saing perniagaan di platform digital.
Peserta berpeluang mempelajari kaedah membina jenama, memahami sasaran pelanggan serta penggunaan media sosial dan platform e-dagang untuk pemasaran yang lebih strategik.
Penyertaan ini sejajar dengan matlamat NADI untuk memperkasakan komuniti usahawan melalui ilmu dan teknologi terkini, khususnya dalam dunia digital yang kian berkembang.