NADI Kampung Sampat

4 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – NADI Kampung Sampat terus membuktikan peranannya sebagai pusat komuniti yang relevan dan mesra rakyat apabila komuniti setempat telah menggunakan fasiliti yang disediakan di pusat ini untuk melengkapkan proses pendaftaran pernikahan secara atas talian baru-baru ini.

Inisiatif pendaftaran pernikahan secara digital ini yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa agama telah memberi kemudahan besar kepada pasangan, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan sukar mengakses kemudahan internet di rumah. Melalui penggunaan komputer, capaian internet stabil dan bimbingan asas ICT yang disediakan di NADI, proses pendaftaran dapat dilakukan dengan lebih mudah, pantas dan teratur.

Langkah ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos perjalanan, malah memberi pendedahan kepada komuniti tentang penggunaan perkhidmatan kerajaan secara digital.

Fasiliti yang disediakan di NADI Kampung Sampat ternyata memberi impak besar dalam memperkasakan komuniti dengan kemahiran digital serta memudahkan urusan harian, selari dengan usaha ke arah pendigitalan perkhidmatan awam.