20 Januari 2026 | Kempen Internet Selamat – Taklimat Pengasuhan Digital

20 Januari 2026, NADI Kampung Sampat – Taklimat Pengasuhan Digital telah berjaya dilaksanakan pada 19 dan 21 Januari 2026 dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran berkaitan pengasuhan digital dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam menghadapi cabaran penggunaan teknologi dan internet masa kini. Webinar ini telah dibuka kepada semua golongan umur dan disertai oleh peserta dari NADI Perak, Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan, di bawah penyertaan SSO NERA.
Sepanjang penganjuran, seramai enam (6) orang peserta telah menyertai sesi taklimat ini dan menunjukkan penglibatan yang baik sepanjang program berlangsung. Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan kefahaman komuniti terhadap kepentingan pengasuhan digital yang selamat dan beretika.