NADI Kampung Sampat

2 December 2025, NADI Kampung Sampat – Taklimat Safe: Lindungi Data Peribadi secara atas talian pada 2 Disember 2025 sebagai inisiatif meningkatkan kesedaran keselamatan digital dalam kalangan komuniti. Sesi ini memberi pendedahan tentang kepentingan melindungi maklumat peribadi, cara mengenal pasti percubaan pencerobohan data, serta langkah mudah yang boleh diamalkan untuk memastikan keselamatan ketika menggunakan platform digital.

Peserta turut dibimbing mengenai amalan terbaik seperti penggunaan kata laluan kukuh, pengesahan dua faktor, serta cara mengenal pasti pautan mencurigakan. Program ini berjaya menarik penyertaan komuniti setempat dan membantu meningkatkan kefahaman mereka tentang risiko keselamatan siber yang kian meningkat.