NADI Kampung Sampat

KIS

6 Mac 2026, NADI Kampung Sampat – Pada 6 Mac 2026, peserta NADI Kampung Sampat telah menyertai sesi Taklimat Pengasuhan Digital II: Panduan Praktikal Kawalan Ibu Bapa Terhadap Telefon Pintar Anak secara atas talian di bawah inisiatif NADI X Kesedaran (Kempen Internet Selamat). Program ini berlangsung dari 3.00 petang hingga 4.00 petang dan telah disertai oleh 6 peserta dari komuniti setempat.

Sesi taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan peranan ibu bapa dalam memantau serta mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak. Peserta turut didedahkan dengan panduan praktikal kawalan ibu bapa bagi memastikan penggunaan internet yang lebih selamat dan berhemah.

Diharapkan perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keselamatan digital serta membantu ibu bapa membimbing anak-anak menggunakan teknologi dengan lebih bijak dan bertanggungjawab.