23 Julai 2025 : Taklimat Shield – Pengisian Merbahaya

23 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – Pada 23 Julai 2025, NADI Kesedaran telah menganjurkan satu sesi taklimat bertajuk “Safe: Pengisian Merbahaya” secara dalam talian melalui platform Zoom. Taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman perisian berbahaya (malware), cara ia berfungsi, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk melindungi peranti dan data peribadi.
Peserta diberi penerangan terperinci mengenai jenis-jenis perisian merbahaya seperti virus, spyware, ransomware dan trojan horse serta kesan buruknya terhadap pengguna.
Program ini mendapat sambutan positif daripada peserta yang hadir, dan mereka turut berkongsi pengalaman serta bertanya soalan berkaitan keselamatan digital.
Terima kasih kepada yang telah menyertai taklimat ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat membantu kita menjadi pengguna digital yang lebih berwaspada dan selamat.l.