25 Julai 2025 | Kelas Kesedaran – Pengurusan Kewangan & Tender Kewangan Esukan

25 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – Pada 25 Julai 2025, NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat E-Sukan telah menganjurkan Kelas Kesedaran: Pengurusan Kewangan & Tender Kewangan E-Sukan secara atas talian melalui platform LMS.
Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kepentingan pengurusan kewangan yang teratur serta pengetahuan asas mengenai proses tender kewangan dalam dunia e-sukan yang semakin berkembang pesat.
Kelas ini telah menarik penyertaan daripada golongan muda dan penggiat e-sukan yang ingin memantapkan pengetahuan dalam aspek pengurusan kewangan yang mampan.
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada peserta yang telah menyertai kelas ini. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi asas kukuh dalam pembangunan kerjaya e-sukan yang lebih profesional dan berdaya saing!