11 Julai 2025 : Advokasi – Webinar “Cucuk Banyak Sangat? Jom Faham Jadual Imunisasi Anak Malaysia”

11 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – Pada 11 Julai 2025 (Jumaat), satu sesi webinar percuma bertajuk “Cucuk Banyak Sangat? Jom Faham Jadual Imunisasi Anak Malaysia” telah diadakan secara dalam talian pada jam 10:30 pagi. Webinar ini menampilkan Dr. Gan Sin Yin, Pakar Kanak-Kanak dari HSAAS, UPM yang berkongsi penjelasan terperinci mengenai kepentingan dan keselamatan vaksin untuk bayi serta keperluan mematuhi jadual imunisasi kebangsaan.
Wakil dari NADI Kampung Sampat turut serta menyertai sesi ini bagi menambah ilmu serta memahami dengan lebih mendalam isu-isu berkaitan vaksinasi kanak-kanak. Program ini sangat bermanfaat terutamanya bagi menjawab persoalan-persoalan yang sering timbul dalam kalangan ibu bapa mengenai vaksin dan imunisasi anak.