NADI Kampung Sampat

1 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – NADI Kampung Sampat telah mengambil bahagian dalam satu sesi webinar menarik secara atas talian bertajuk “Rahsia Umur Panjang: Kunci Kesihatan Warga Emas Ada Pada ‘Connection’”.

Webinar yang bermula pada jam 10:30 pagi ini menampilkan penceramah jemputan, Prof Madya Dr. Tengku Amatullah Madeehah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau telah berkongsi pandangan serta dapatan kajian tentang bagaimana faktor hubungan sosial dan sokongan emosi memberi kesan besar terhadap kesihatan fizikal dan mental warga emas.

Selain pemakanan dan senaman, hubungan yang rapat dengan keluarga, rakan dan komuniti turut dikenal pasti sebagai elemen penting dalam memastikan warga emas kekal aktif, ceria dan sejahtera.

Sesi ini memberi kesedaran yang tinggi kepada peserta tentang pentingnya aspek sosial dalam penjagaan kesihatan menyeluruh, khususnya dalam kalangan warga emas di komuniti.