1 Julai 2025 | Saringan Kesihatan Sepanjang Bulan Jun 2025 NADI Kampung Sampat

1 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – Sepanjang bulan Jun 2025, NADI Kampung Sampat telah melaksanakan program saringan kesihatan di bawah inisiatif NADI X Kesejahteraan Kendiri. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan komuniti mengenai kepentingan menjaga kesihatan melalui saringan awal.
Antara pemeriksaan yang ditawarkan ialah bacaan tekanan darah, gula dalam darah, BMI serta kaunseling kesihatan asas. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat, termasuk warga emas dan suri rumah.
Melalui inisiatif ini, ramai peserta lebih peka terhadap tahap kesihatan masing-masing dan terdorong untuk mengamalkan gaya hidup sihat. NADI berharap agar program seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan komuniti.