NADI Kampung Sampat

28 Jun 2025, NADI Kampung Sampat – Program Kidsventure NADI Kampung Sampat. Program ini memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang dunia pemasaran dan teknologi AI melalui pendekatan yang menyeronokkan.

Antara topik yang dibincangkan ialah AI Dalam Pemasaran, Pengenalan Pemasaran, dan AI Sebagai Kawan Baru Kanak-Kanak. Peserta didedahkan dengan konsep pemasaran asas, penggunaan AI dalam perniagaan serta bagaimana teknologi ini boleh membantu dalam pembelajaran harian.

Slot terakhir diserikan dengan Kuiz Pemasaran yang menguji kefahaman peserta. Program ini berjaya menarik minat ramai peserta cilik dan diharap dapat memupuk minat awal dalam bidang teknologi dan keusahawanan.