NADI Kampung Sampat

12 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – Pada 12 Julai 2025, peserta Kidsventure Cohort 3 telah mengikuti kelas pembelajaran dengan menonton Video Latihan 4: Operasi Perniagaan. Sesi ini merupakan sebahagian daripada modul latihan keusahawanan yang bertujuan memberikan pemahaman asas tentang pengurusan dan perjalanan sesuatu perniagaan. Melalui tayangan ini, peserta didedahkan kepada elemen penting seperti struktur operasi, pengurusan harian, dan kepentingan penyusunan kerja dalam memastikan kelancaran sesebuah perniagaan. Latihan ini berjaya membantu peserta memahami bagaimana sesebuah perniagaan berfungsi secara praktikal dalam dunia sebenar.