5 Julai 2025 | Video Pra Latihan 2 (Kidsventure): Pemasaran

5 Julai, NADI Kampung Sampat – Pada 5 Julai 2025, peserta dari NADI Kampung Sampat telah menyertai Video Pra Latihan 2 anjuran Kidsventure yang bertemakan Pemasaran. Sesi ini dijalankan sepenuhnya secara dalam talian melalui platform LMS Kidsventure sebagai persediaan awal peserta dalam perniagaan.
Latihan ini memberi fokus kepada pengenalan asas dalam dunia pemasaran seperti strategi promosi, kenalpasti pelanggan sasaran serta kepentingan membina jenama yang kukuh. Penyampaian kandungan yang menarik dan mesra pengguna membantu peserta memahami konsep pemasaran dengan lebih mudah dan berkesan.
Penyertaan aktif dari NADI Kampung Sampat membuktikan komitmen komuniti dalam memperkasakan ilmu keusahawanan sejak dari peringkat awal.