5 Julai 2025 : Kidsventure – Video Pra Latihan 2 – Pemasaran

5 Julai, NADI Kampung Sampat – Pada 5 Julai 2025, peserta dari NADI Kampung Sampat telah mengikuti sesi Video Pra Latihan 2 bertajuk Pemasaran yang merupakan sebahagian daripada perjalanan Program Usahawan Cilik Cohort 3 (Jun – Julai 2025) anjuran NADI x Kidventure 2025.
Latihan ini dilaksanakan secara dalam talian menerusi platform LMS Kidsventure, dengan objektif utama untuk memberi pendedahan awal berkaitan konsep dan strategi asas pemasaran kepada peserta muda. Melalui video ini, peserta didedahkan kepada kepentingan pemasaran dalam dunia keusahawanan serta bagaimana membina daya tarikan produk melalui teknik promosi yang kreatif.
Penyertaan daripada komuniti NADI Kampung Sampat membuktikan komitmen dalam membina minat dan kemahiran keusahawanan seawal usia. Semoga usaha ini dapat melahirkan generasi usahawan cilik yang berdaya saing dan inovatif pada masa akan datang.