18 Jun 2025 | Program Keusahawanan Edisi Ekspress Jun 2025

18 Jun 2025, NADI Kampung Sampat – Satu sesi pembelajaran padat direka khas bagi memberikan pendedahan pantas namun padat kepada peserta mengenai asas perniagaan dan keusahawanan dalam tempoh masa yang singkat.
Antara pengisian program termasuk tayangan video pra latihan yang menyentuh aspek operasi dan pemasaran perniagaan, sesi podcast yang mengetengahkan kisah usahawan serta perniagaan digital, dan webinar mengenai pengurusan kewangan serta perancangan perniagaan.
Penyertaan yang aktif daripada peserta menunjukkan minat yang tinggi dalam membina pengetahuan dan kemahiran keusahawanan. Inisiatif ini membuktikan komitmen NADI dan rakan kerjasama dalam menyediakan ruang pembelajaran yang mudah diakses oleh komuniti setempat.