19 Jun 2025 | Pengenalan NADI Kampung Sampat

19 Jun 2025, NADI Kampung Sampat – Program Pengenalan NADI Kampung Sampat dengan kerjasama Komuniti Madani Kampung Sampat. Program ini bertujuan memperkenalkan peranan NADI sebagai pusat komuniti yang menawarkan pelbagai peluang pembelajaran, peningkatan kemahiran dan sokongan keusahawanan kepada penduduk setempat.
Kehadiran komuniti yang aktif dan bersemangat memeriahkan suasana serta menunjukkan sokongan padu terhadap inisiatif pembangunan komuniti. Peserta diberi penerangan mengenai fungsi NADI, aktiviti-aktiviti sedia ada serta potensi kerjasama yang boleh dijalankan pada masa akan datang.
Program ini diakhiri dengan sesi perkongsian dan perbincangan santai yang membuka ruang untuk memperkukuh jaringan komuniti. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan demi memperkasakan komuniti secara menyeluruh.