12 Januari 2026 | Mahir Foto – Minggu 1 Pengenalan

12 Januari 2026, NADI Kampung Sampat – Kelas Mahir Foto bagi Intake Ketiga telah berjaya dilaksanakan pada minggu pertama dengan topik Pengenalan Fotografi. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para peserta mengenai asas fotografi serta kepentingan kemahiran ini dalam dunia digital masa kini.
Sepanjang sesi pengenalan, para peserta diperkenalkan dengan konsep asas fotografi, penggunaan kamera dan telefon pintar, serta peranan fotografi dalam menghasilkan kandungan visual yang berkualiti. Penyampaian kelas dijalankan secara interaktif bagi memastikan peserta memahami asas sebelum melangkah ke topik yang lebih mendalam pada minggu seterusnya.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta Intake Ketiga yang menunjukkan minat dan komitmen tinggi sepanjang sesi berlangsung. Diharapkan kelas Mahir Foto ini dapat membantu peserta membina kemahiran fotografi secara berperingkat dan seterusnya dimanfaatkan dalam aktiviti harian atau peluang menjana pendapatan.