4 Disember 2025| Cybersecurity – Webinar Ancaman Kamera Tersembunyi

4 Disember 2025, NADI Kampung Sampat – NADI Kampung Sampat telah menyertai Webinar Cybersecurity di bawah program NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat, yang membincangkan topik “Ancaman Kamera Tersembunyi”.
Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai risiko penggunaan kamera tersembunyi, tanda-tanda kewujudannya, serta langkah keselamatan yang perlu diambil bagi melindungi privasi individu. Webinar turut menekankan kepentingan kesedaran digital dalam menghadapi ancaman teknologi masa kini.
Penyertaan ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan komuniti tentang keselamatan siber dan mewujudkan amalan penggunaan teknologi yang lebih selamat dalam kehidupan seharian.