NADI Kampung Sampat

24 Jun 2025, NADI Kampung Sampat – Satu sesi pembelajaran interaktif bertajuk Live Class DiLea dilaksanakan pada 24 Jun 2025 bertempat di NADI Kampung Sampat. Program bertujuan memperkasa kemahiran pelajar melalui kelas tambahan secara santai dan berfokus.

Topik yang diketengahkan dalam sesi kali ini adalah Bahasa Inggeris, di mana para peserta telah diberikan pendedahan kepada aktiviti pembelajaran bahasa yang menyeronokkan serta mudah difahami. Sesi berlangsung selama satu jam bermula jam 3.30 petang hingga 4.30 petang dan dikendalikan dalam suasana yang santai namun bermakna.

Program ini turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar setempat, khususnya dari kalangan Tingkatan 4 dan 5.