24 Januari 2026 | DiLea – Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi 6

24 Januari 2026 , NADI Kampung Sampat – Di bawah NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat (DiLea), satu webinar berkala Bahasa Inggeris telah dilaksanakan khas untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 pada 24 Januari 2026, bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Webinar ini memberi tumpuan kepada tips, teknik dan clue menjawab soalan ujian Bahasa Inggeris bagi membantu peserta meningkatkan kefahaman dan keyakinan dalam menjawab peperiksaan. Seramai 3 orang peserta dari NADI Kampung Sampat telah menyertai webinar ini.
Walaupun terdapat peserta yang telah melebihi had umur sasaran, semangat dan keinginan untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris mendorong mereka hadir ke NADI dan menyertai sesi pembelajaran ini, selari dengan matlamat pembelajaran sepanjang hayat.