21 Jun 2025 | Webinar Berkala : Matematik – Edisi 2 Skor Matematik SPM Kertas 1 & 2

21 Jun 2025, NADI Kampung Sampat Webinar Berkala Matematik Edisi 2 anjuran NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat (DiLea) diadakan secara dalam talian. Sesi kali ini bertemakan “Skor Matematik Mudah SPM: Kertas 1 & 2”, khusus untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang ingin meningkatkan penguasaan dalam subjek Matematik.
Webinar yang berlangsung selama dua jam ini dikendalikan oleh Cikgu Azwan, seorang guru berpengalaman luas dalam Matematik dan Matematik Tambahan sejak tahun 2002. Peserta dibimbing dengan strategi menjawab soalan SPM dengan lebih mudah, cepat dan tepat, selain diberi tips berguna untuk elakkan kesilapan lazim.
Pihak NADI Kampung Sampat menggalakkan lebih ramai pelajar untuk turut serta dalam program bermanfaat seperti ini demi membantu mereka mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan akan datang.