NADI Kampung Sampat

28 Januari 2026, NADI Kampung Sampat – Kelas Nurture eKelas: Modul 1 – Strategi Pemasaran Digital di bawah inisiatif NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat telah berjaya dilaksanakan secara atas talian. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta berkaitan asas dan strategi pemasaran digital yang berkesan dalam era teknologi masa kini.

NADI Kampung Sampat turut mengambil bahagian dalam kelas ini dengan penyertaan seorang peserta. Walaupun jumlah kehadiran adalah terhad, sesi pembelajaran tetap berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada peserta yang hadir melalui perkongsian ilmu serta penerangan modul yang jelas dan berfokus.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperluaskan peluang pembelajaran dan meningkatkan penyertaan komuniti setempat dalam bidang pemasaran digital.