NADI Kampung Sampat

13 Jun 2025, NADI Kampung Sampat – Kelas Kesedaran “Sains Sukan dalam Esukan – Episod 2” memberi fokus kepada aspek pemulihan, rehat yang cukup, serta teknik pernafasan yang sesuai untuk meningkatkan fokus dan ketahanan pemain esukan.

Peserta didedahkan dengan strategi dan amalan gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko kecederaan serta tekanan mental semasa bertanding. Inisiatif ini merupakan usaha NADI eSport dalam memperkasa komuniti esukan dengan ilmu sains sukan yang relevan dan praktikal.