13 Julai 2025 | Esukan- Kelas Kesedaran -NESDEG Ep 1

13 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – Pada 13 Julai 2025, jam 10.00 pagi, para peserta dari NADI Kampung Sampat telah mengikuti tayangan NESDEG Episod 1 yang memfokuskan kepada kesedaran awal mengenai dunia eSukan. Tayangan ini memberi pencerahan kepada peserta tentang definisi eSukan, peranannya dalam dunia digital masa kini serta kepentingan menyertai eSukan secara sihat dan beretika. Program ini turut membuka ruang kepada peserta untuk memahami potensi eSukan sebagai satu bidang yang mampu menjana kerjaya dan pendapatan.