13 Julai 2025 : Esukan – Kelas Kesedaran – NESDEG Ep 2

13 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – Peserta dari NADI Kampung Sampat telah mengikuti tayangan NESDEG Episod 2 yang menyentuh aspek nilai-nilai positif dalam penglibatan eSukan. Dalam episod ini, peserta didedahkan kepada elemen disiplin, kerja berpasukan, dan peluang pendidikan serta kerjaya dalam bidang ini. Tayangan ini berjaya memberi inspirasi kepada peserta untuk melihat eSukan bukan sekadar hiburan, malah sebagai satu industri masa depan yang perlu diterokai secara bertanggungjawab dan berpengetahuan.