NADI Kampung Sampat

13 Jun 2025, NADI Kampung SampatKelas Kesedaran bertajuk “Sains Sukan dalam Esukan – Episod 1” memberi pendedahan kepada peserta tentang aspek kesihatan dan kecergasan dalam dunia esukan. Sesi ini menekankan kepentingan keseimbangan fizikal dan mental bagi atlet esukan serta peranan sains sukan dalam meningkatkan prestasi dan daya tahan mereka.

Melalui perkongsian ini, para peserta lebih sedar tentang keperluan menjaga kesihatan tubuh badan walaupun terlibat dalam sukan elektronik yang kelihatan pasif. Pengisian ini diharapkan dapat membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti peminat dan pemain esukan.