1 Julai 2025 | Mahir – Forum Mahir Bersama Komuniti

5 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – Forum Pengenalan Kelas MAHIR Intake 2 di NADI Kampung Sampat yang disertai oleh peserta dari komuniti setempat. Forum ini bertujuan memberi penerangan lengkap tentang jadual kelas, silibus pembelajaran, tenaga pengajar, peraturan dan etika kelas kepada peserta yang bakal menyertai sesi MAHIR kali ini.
Peserta juga diberi peluang bertanya soalan dan memahami struktur pembelajaran serta tugasan yang akan dilaksanakan. Tenaga pengajar turut diperkenalkan bagi membina keyakinan dan kesediaan peserta.
Program MAHIR ini diharapkan dapat membantu komuniti menambah kemahiran dan membuka peluang ke arah peningkatan sosioekonomi. Forum ini berjaya memberi gambaran jelas sebelum kelas bermula dan disambut baik oleh para peserta.